Makanan berherba bekal tenaga sepanjang berpuasa

Makanan berherba bekal tenaga sepanjang berpuasa

Herba
LYZAA Md. Dewa menunjukkan produk makanan herba Hana Samudera yang dihasilkannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keletihan dan kelesuan menjadi masalah yang sering kali dihadapi oleh ramai individu, terutama mereka yang menjalani gaya hidup sibuk dan kurang memberi perhatian kepada kesihatan.

Walaupun terdapat pelbagai cara moden untuk mengatasi masalah ini, namun ramai yang kembali kepada cara tradisional kerana ia lebih semula jadi dan bebas daripada bahan kimia.

Pengasas Hana Samudera, Lyzaa Md. Dewa berkata, antara cara tradisional yang boleh diamalkan adalah pengambilan makanan berherba, mampu menjadikan seseorang individu kekal bertenaga khususnya sepanjang berpuasa di bulan Ramadan.

Tambahnya, produk makanan Hana Samudera menggunakan 100 peratus tumbuhan herba seperti cekur, kunyit, halia, temu lawak, dan manjakani.

“Setiap bahan semula jadi itu mempunyai kelebihan yang tersendiri, jadi kita gabungkan ke semua bahan herba ini dan kita formulasikan ia menjadi satu produk yang mudah untuk diambil oleh pengguna,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Uniknya, Lyzaa memberitahu, Hana Samudera menjadi kelainan berbanding produk lain kerana kandungannya yang mempunyai cekur.

“Manfaat cekur atau kencur ini sudah terkenal sejak dahulu dan ia digunakan secara turun-temurun. ia mampu bertindak sebagai herba sampingan bagi membaiki luka usus, mengecutkan perut menggelebeh dan kempis perut. Ini kerana cekur mengandungi sifat anti-bakteria,anti-radang serta mengurangkan risiko kanser.

“Malah, cekur juga antara yang boleh meningkatkan tenaga, jadi untuk kita yang ingin memulakan ibadah puasa tidak lama lagi, Hana Samudera mampu membantu untuk tidak menjadi terlalu lesu dan lemah tidak bermaya,” ujarnya.

Katanya lagi, ditambah pula dengan herba lain dalam satu produk yang sama adalah kunyit dan halia, sememangnya mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi serta baik untuk detoksifikasi serta kesihatan pencernaan.

“Selain itu, kandungan kunyit dan halia ini juga dapat memberi manfaat luar biasa untuk sistem imun tubuh badan.

“Sesiapa yang mengamalkan terutama tanpa mengira peringkat umur dapat merasakan kelebihan pengambilan Hana Samudera,” ujarnya.

Menurut Lyzaa lagi, produk Hana Samudera ini mendapat sambutan sejak 2017 dan perniagaannya terus berkembang sehingga kini, orang ramai boleh layari https://www.hanasamudera.com untuk maklumat lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN