Eskayvie jelajah 7 negeri bantu usahawan tempatan - Utusan Malaysia

Eskayvie jelajah 7 negeri bantu usahawan tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Menyedari keperluan ilmu, strategi dan bimbingan dalam membangunkan perniagaan, Eskayvie menjelajah ke tujuh buah negeri di seluruh negara yang bermula di Kota Bharu, Kelantan menerusi program ‘Nexus Success Road Tour 2022’ semalam.

Siri jelajah ini adalah susulan daripada kejayaan Nexus Success Convention yang berlangsung Jun lalu.

Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati berkata, selain latihan berterusan yang dijalankan atas talian, ini juga merupakan inisiatif sokongan dan bimbingan bagi semua usahawan Nexus seluruh Malaysia dalam aspek ilmu kepemimpinan selain kemahiran merancang strategi pemasaran.

“Program ini turut terbuka kepada mereka yang berminat untuk meningkatkan ekonomi keluarga dan mengatasi masalah pendapatan isi rumah yang terjejas berikutan keadaan inflasi sekarang.

“Ramai berdepan dengan masalah kewangan berikutan kos sara hidup yang tinggi terutamanya harga barang keperluan asas yang semakin meningkat.Justeru, Eskayvie mengambil inisiatif ini untuk membantu seramai mungkin dalam menggunakan sepenuhnya platform Eskayvie Nexus bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan kewangan masing-masing.

“Sehingga kini, kami sudah bantu lebih 10,000 usahawan Nexus yang berjaya capai pendapatan empat sehingga enam angka sebulan,”katanya.

Sementara itu, menurut duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi, dia memahami kesukaran para usahawan yang mahir dalam teknik pemasaran tetapi berdepan masalah dalam berkomunikasi selain sukar membina ‘personal branding’ khususnya.

“Sebagai duta, saya bertanggungjawab untuk berkongsi pengalaman selama lebih 30 tahun dalam bidang penyiaran kerana ia sangat penting untuk bantu setiap usahawan Nexus menjadi pemimpin yang berilmu dalam usaha mengembangkan lagi rangkaian mereka,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi program yang sama, Eskayvie turut melancarkan produk terbaharu, Eskayvie Mindtropic yang menyokong kesihatan minda orang dewasa.

Selepas Kelantan, jelajah akan turut menemui setiap usahawan di Pahang ( 7 Ogos), Kedah (13 Ogos), Pulau Pinang (14 Ogos), Johor (27 Ogos), Melaka (28 Ogos) dan Perak pada 31 Ogos.

Melalui inisiatif ini, Eskayvie terus komited untuk mencapai misi melahirkan 1 juta usahawan Nexus aktif dan mencipta 50,000 peluang pekerjaan menjelang 2027.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.