Pepatah Inggeris menyebut you are what you eat. Apa yang kita makan setiap hari akan menjadi nutrisi dalam tubuh badan.
Jika kita tidak menjaga pemakanan, ia akan terserlah pada kulit. Kusam, tidak bermaya dan tidak sekata, antara tanda awal individu tidak menitik beratkan soal pemakanan dan gaya hidup sihat.
Berikut penerangan Pengarah Prestige Medispa, Dr. Kauthar Ismail mengenai kecantikan dan kesihatan kulit mulus.

1. Makanan sesuai kulit bersih?
Makanan terbaik seharusnya tinggi kandungan protein, rendah karbohidrat dan rendah lemak.
Makanan ini diukur menggunakan indeks glisemik. Indeks glisemik mengukur berapa cepat sesuatu makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi meningkatkan paras gula dalam darah selepas di makan.
Lebih rendah indeks glisemik, lebih rendah paras gula dalam darah seseorang. Makanan rendah indeks glisemik adalah makanan sihat berbanding makanan tinggi indeks glisemik.
Makanan tinggi glisemik indeks akan menaikkan paras gula dalam darah seterusnya meningkatkan proses glycation.
2. Bagaimana ia berlaku?
Proses ini akan menaikkan taraf Advanced Glycation End Products ( AGEs), seterusnya meningkatkan paras radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit.
Proses glycation itu sendiri menggunakan protein seperti kolagen dan elastin, maka kolagen dan elastin kita akan semakin kurang menyebabkan kulit menjadi kurang anjal.
Kesimpulannya, harus cari makanan yang rendah indeks glisemik.
Justeru ubah jenis makanan. Contohnya nasi, boleh tukar kepada beras ponni Taj Mahal Faiza yang diyakini memiliki rendah indeks glisemik, dan juga diiktiraf sebagai makanan pesakit diabetik.
Selain pesakit diabetik, individu ingin jaga kulit dan juga jaga badan turut boleh memilih beras ini.

3. Bagaimana dengan rawatan?
Prestige Medispa sentiasa memastikan pengguna mendapat manfaat terbaik.
Selain produk yang menitikberatkan kesihatan kulit serta mencerahkan kulit dengan selamat seperti Kawsa Skincare, beberapa rawatan kami amat sesuai untuk kulit anda.











