Jika dalam tempoh 5 tahun dahulu, penggunaan motosikal-motosikal Retro ini lebih tertumpu kepada pengguna atau pemilik yang mungkin sudah berumur atau warga emas, namun sejak akhir-akhir ini, kemunculan pengguna atau pemilik muda yang rata-rata daripada awal hingga pertengahan 20an sudah mula menggayakan motosikal-motosikal retro di atas jalan raya tempatan. Terdapat perkara utama yang boleh dikatakan sebagai penghalang utama untuk peminat-peminat model seumpamanya mendapatkan seunit untuk diri sendiri, iaitu harga jualan.…










