PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 1.87 mata kepada 1,521.66 pada pukul 9:06 pagi hari ini, berbanding 1,519.79 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,520.24.
Jumlah dagangan sebanyak 176.19 juta unit bernilai RM88.06 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 167 berbanding 143, dengan 286 kaunter tidak berubah dan 1,842 tidak diniagakan.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan turun sebanyak 19.89 mata atau 0.64 peratus kepada 3,088.36 ketika berita ini ditulis.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 354.06 mata atau 0.91 peratus kepada 39,296.13, manakala indeks STI Singapura meningkat 2.70 mata atau 0.07 peratus kepada 3,928.68.-UTUSAN