PETALING JAYA: Nestle Omega Plus dan BookDoc, menganjurkan cabaran selama 30 hari bagi merendahkan paras kolestrol dalam kalangan rakyat Malaysia. Peserta yang berjaya mengurangkan paras kolesterol low-density lipoprotein (LDL) mereka dalam tempoh cabaran, layak memenangi hadiah lumayan, termasuk percutian domestik bernilai RM5,000 atau kad baucar sukan bernilai RM500. Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Tenusu dan Nutrisi Dewasa di Nestlé Malaysia, Kenny Wong berkata, pihaknya teruja menganjurkan Cabaran 30 Hari dan…










