Nivea rakan pertandingan Piala Seri Endon 2022

Nivea rakan pertandingan Piala Seri Endon 2022

TUNKU Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima set serum anti bintik hitam jenama Nivea yang menjadi rakan penjagaan kulit Pertandingan Tahunan Rekaan Batik Piala Seri Endon 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nivea, jenama penjagaan kulit memeriahkan Pertandingan Tahunan Rekaan Batik Piala Seri Endon 2022 yang ke-17 sebagai rakan penjagaan kulit rasmi untuk acara tersebut.

Acara kemuncak pada hari tersebut menyaksikan Nivea sekali lagi menerima kunjungan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke ruang pameran Nivea.

Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng. Hock Guan berkata, rangkaian ulasan Raja Permaisuri Agong tentang produk Nivea adalah penghormatan terbesar buat pihaknya.

“Raja Permaisuri Agong berkongsi bahawa baginda telah mengguna produk Nivea sejak muda lagi.

“Sebagai jenama penjagaan kulit No. 1 di dunia, selama lebih dari 100 tahun Nivea telah membantu ramai orang untuk merasa selesa dengan kulit mereka sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Raja Permaisuri Agong yang diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang), Datuk Leela Mohd. Ali telah dipersembahkan dengan Set Rejimen Nivea Luminous 630 Anti-Dark Spot Serum dengan formula dipertingkatkan.

Set Rejimen eksklusif itu merangkumi serum anti bintik hitam, krim malam dan krim rawatan mata.

Nivea Luminous 630 Anti Dark-Spot Serum merupakan suatu inovasi cemerlang yang melalui proses penyelidikan selama sedekad, di mana lebih daripada 50,000 molekul telah diuji untuk menghasilkan bahan aktif terobosan Luminous 630 yang memberikan prestasi 100 kali ganda lebih baik daripada bahan aktif pencerah terkenal yang lain.

Ia mampu mengurangkan bintik hitam dalam masa dua minggu tanpa membahayakan kulit. Rejimen Nivea Luminous 630 ini, apabila digunakan bersama akan memberi keberkesanan 10 kali ganda dalam mengurangkan bintik hitam dan menjadikan kulit lebih cerah dan berseri.

“Bahan Luminous 630 yang dipatenkan dan terbukti secara klinikal disokong oleh Institut Dermatologi dan juga diterbitkan dalam Journal of Investigative Dermatology (JID) yang tersohor di dunia,” katanya lagi.

Luminous 630 Anti Dark-Spot Serum 30ml, Even Tone Night Cream 50ml dan Eye Treatment 15ml kini boleh didapati secara eksklusif di Watsons dan di kedai Nivea Official pada harga runcit yang disyorkan RM143, RM105 dan RM79. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×