Pasaran saham dibuka negatif

Pasaran saham dibuka negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 14.42 mata kepada 1535.77 pukul 9.11 pagi hari ini, berbanding 1550.19 pada penutup Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka rendah 1544.74.

Jumlah dagangan sebanyak 275.02 juta unit bernilai RM188.29 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 432 berbanding 63 dengan 214 kaunter tidak berubah dan 1695 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun turun 95.32 mata atau 0.24 peratus kepada 39,713.98 dan indeks STI Singapura susut 0.15 peratus kepada 4,013.62 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 0.11 peratus kepada 3,057.56. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN