PETALING JAYA: Penang Port Sdn Bhd (Penang Port) melabur sebanyak AS$7.88 juta (RM33.8 juta) bagi meningkatkan kecekapan operasi dan menjaga kelestarian alam sekitar melalui penambahan empat unit kren Rubber-Tyred Gantry (RTG), hibrid baharu daripada Mitsui E & S. Co. Ltd, Jepun. Pelaburan ini mencerminkan komitmen Penang Port dalam membangunkan sebuah pelabuhan yang lebih cekap dan lestari, bukan sahaja untuk memenuhi keperluan Pulau Pinang tetapi juga merangsang pertumbuhan di kawasan setempat.…










