Pengecualian cukai digital, tarik pelabur - Utusan Malaysia

Pengecualian cukai digital, tarik pelabur

Kerajaan perlu menyediakan peruntukan kursus untuk meningkatkan kemahiran pekerja ekonomi gig. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memberikan pengecua­lian cukai digital dalam Belanjawan 2021 bagi mendorong perbelanjaan dalam talian.

Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkata, langkah itu jika dilaksanakan akan menggalakkan jumlah pengguna yang ber­belanja dalam talian sekali gus menarik lebih banyak syarikat luar untuk melabur di Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu menambah baik dan menaik taraf infrastruktur pendigitalan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi menggalakkan PKS dan usahawan tempatan mendigitalkan perniagaan mereka.

“Kerajaan juga harus memberi sokongan kepada syarikat mereka untuk beralih kepada perniagaan digital terutama dalam pemberian geran.

“Selain itu, kerajaan juga disaran menghapuskan yuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi PKS dan peniaga mikro yang ingin menceburi perniagaan makanan dan minuman (F&B),” katanya dalam ke­nyataan semalam.

Das turut meminta kerajaan memberikan lebih banyak fa­edah dan insentif membabitkan kebajikan pekerja ekonomi gig dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

“Kerajaan perlu menyediakan peruntukan kursus untuk meningkatkan kemahiran pekerja ekonomi gig dan tajaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selama setahun kepada pemandu e-hailing.

“Ini termasuk sokongan pinjaman untuk peralatan motosikal pemandu e-hailing dan kursus lesen motosikal percuma untuk para belia,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu memberi pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada peniaga atas komisen yang mereka bayar di Foodpanda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya