Belanjawan 2027 perkukuh cita-cita bina ekonomi Malaysia yang produktif, berdaya tahan

Belanjawan 2027 perkukuh cita-cita bina ekonomi Malaysia yang produktif, berdaya tahan

Kevin Lam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memperkukuh cita-cita Malaysia untuk membina ekonomi yang lebih produktif dan berdaya tahan sambil memastikan kemajuan tersebut memberikan manfaat yang bermakna kepada perniagaan dan isi rumah.

Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Bank (HLB), Kevin Lam berkata, penekanan Kerajaan sangat dialu-alukan dalam memperkukuh perusahaan tempatan, mempercepatkan penggunaan AI, memajukan peralihan tenaga dan menyokong pembangunan perusahaan Halal, di samping langkah-langkah untuk mengurangkan kos sara hidup dan mengekalkan disiplin fiskal.

Katanya, unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Kerajaan sebanyak 4.2 peratus hingga 5.2 peratus untuk tahun 2027 secara amnya sejajar dengan sasaran Rancangan Malaysia ke-13 iaitu 4.5 peratus hingga 5.5 peratus dan merangkumi ramalan HLB sebanyak 5.0 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menjangkakan pertumbuhan akan disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan, sokongan dasar yang berterusan dan pelaburan dalam perkhidmatan digital bernilai tinggi dan AI.

“Aktiviti pelancongan yang berkaitan dengan Tahun Melawat Malaysia 2026–2027, Sukan SEA 2027 dan LIMA 2027, dijangka akan memberikan momentum selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Kevin, mengekalkan disiplin fiskal di samping cita-cita pertumbuhan ini adalah penting untuk mengekalkan keyakinan dan memelihara kapasiti Malaysia untuk menangani cabaran masa hadapan.

Katanya, unjuran pengurangan defisit fiskal pada tahun 2027 kepada 3.3 peratus daripada KDNK, atau RM77.5 bilion, berserta peningkatan enam peratus dalam anggaran hasil yang disemak semula untuk tahun 2026, menyediakan asas fiskal yang lebih kukuh di tengah-tengah ketidakpastian global yang berterusan.

“Lama-kelamaan, kualiti pelaburan dan keberkesanan pelaksanaan akan sama pentingnya dengan kadar pertumbuhan,” katanya.

Belanjawan 2027 juga kata beliau meletakkan rakyat di tengah-tengah keutamaannya melalui bantuan yang disasarkan, langkah-langkah untuk menyokong pertumbuhan gaji dan pelepasan cukai peribadi.

Katanya, sokongan yang diperluas melalui subsidi bahan api STR, SARA dan BUDI MADANI menawarkan pelepasan kos sara hidup yang penting, manakala peningkatan gaji minimum kepada RM2,000 mengukuhkan asas pendapatan untuk pekerja berpendapatan rendah.

“Bersama-sama dengan pengurangan cukai pendapatan sederhana, had pelepasan cukai yang lebih tinggi dan pengecualian duti setem, langkah-langkah ini dapat mewujudkan ruang yang lebih besar untuk isi rumah mengurus perbelanjaan, membina simpanan dan mengejar pemilikan rumah.

“Kami berbesar hati melihat Kementerian Pendidikan menerima peruntukan keseluruhan terbesar hampir RM69 bilion, yang menggariskan komitmen teguh kerajaan untuk melabur dalam masa depan negara kita.

“Di HLB, kami berkongsi keutamaan ini dengan menyokong sekolah secara aktif dan meningkatkan persekitaran pembelajaran melalui sumbangan korporat dan perkongsian strategik.

“Melengkapi ini, program literasi kewangan utama kami, HLB DuitSmart dan HLB @ School, memperkasakan pelajar dan anak muda Malaysia dengan kemahiran pengurusan wang yang penting, membina asas yang kukuh untuk kesejahteraan kewangan sepanjang hayat,” jelas Kevin.

Selain itu kata beliau, jaminan pembiayaan Belanjawan, langkah cukai dan sokongan untuk AI dan automasi dapat membantu PKS meningkatkan produktiviti dan mencapai pasaran baharu.

Menyedari faedah itu katanya, memerlukan pembiayaan di samping panduan praktikal dan pembangunan kemahiran. HLB akan terus menyokong perniagaan dalam membuat pelaburan yang memenuhi keperluan mereka dan memperkukuh daya saing jangka panjang.

:Sokongan untuk pensijilan Halal dapat membuka peluang baharu untuk perusahaan tempatan, dilengkapi dengan keupayaan dan akses pasaran yang lebih kukuh.

“Pendekatan BizHalal HLB Islamic menyokong perjalanan pertumbuhan yang lebih luas ini, sementara inisiatif kewangan sosial seperti iTEKAD menggabungkan pembiayaan dengan pembinaan keupayaan untuk membantu usahawan yang kurang mendapat perkhidmatan membina mata pencarian yang mampan.

“Seperti pepatah Melayu, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, dalam menyokong Belanjawan 2027, kami komited untuk berjalan bersama pelanggan kami mengharungi setiap fasa pertumbuhan dan cabaran, menggabungkan pembiayaan, khidmat nasihat dan penyelesaian perbankan digital yang disesuaikan untuk membantu pelanggan kami.

“Ini untuk membantu mengembangkan kekayaan, merebut peluang baharu dan membina daya tahan kewangan yang berkekalan. Ini adalah perbankan yang Bertimbang Rasa dan Bertanggungjawab dalam praktiknya: memberikan penyelesaian berasaskan asas yang membantu perniagaan berkembang, isi rumah merancang dengan yakin dan komuniti berkongsi kemajuan Malaysia.” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini