Resorts World Genting raih anugerah hospitaliti mewah Asia Pasifik - Utusan Malaysia

Resorts World Genting raih anugerah hospitaliti mewah Asia Pasifik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Resorts World Genting (RWG) menerima pengiktirafan berprestij di Travel + Leisure Luxury Awards Asia Pacific 2026, sekali gua mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi resort bersepadu serta gaya hidup terkemuka di rantau ini.

Kejayaan dalam kategori “Best Integrated Resorts” itu mencerminkan komitmen berterusan RWG dalam menyampaikan pengalaman luar biasa kepada tetamu menerusi tarikan bertaraf dunia, penginapan mewah, hiburan, serta sajian gastronomi.

Selain kejayaan utama RWG, hotel mewah utamanya, Crockfords, turut diiktiraf dalam kategori “Best Beach, Island + Upcountry Resorts” atas kecemerlangannya menawarkan perkhidmatan peribadi dan penginapan eksklusif.

Anugerah tahunan Travel + Leisure Luxury Awards Asia Pacific mengiktiraf kecemerlangan industri pelancongan di rantau ini, yang mana pemenang dipilih menerusi undian para pembaca dan pengembara berdasarkan standard perkhidmatan bertaraf dunia.

Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam RWG, Spencer Lee berkata, pengiktirafan tersebut mencerminkan dedikasi, komitmen, dan semangat seluruh warga kerja syarikat dalam memastikan tetamu menikmati pengalaman terbaik.

“Kami akan terus mempertingkatkan penawaran serta mencipta pengalaman yang bermakna bagi mengukuhkan kedudukan kami sebagai destinasi resort bersepadu terkemuka di rantau Asia Pasifik,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai destinasi resort bersepadu utama di Malaysia, RWG yang terletak di puncak Genting Highlands terus menjadi pilihan jutaan pengunjung setiap tahun dengan menawarkan portfolio komprehensif bagi memenuhi keperluan pelancong semua peringkat usia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN