OHMYMEOW! EXPO 2026 himpun 250 pempamer, tampil prebiu JAECOO J5 EV - Utusan Malaysia

OHMYMEOW! EXPO 2026 himpun 250 pempamer, tampil prebiu JAECOO J5 EV

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: OHMYMEOW! EXPO 2026 yang diiktiraf sebagai Ekspo Kucing Terbesar di Malaysia menerusi Malaysia Book of Records kini berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), menghimpunkan lebih 250 pempamer sepanjang penganjurannya dari 9 hingga 12 Julai ini.

Ekspo itu sekali gus menjadi platform sehenti bagi mempamerkan pelbagai inovasi dalam aspek kesihatan, pemakanan dan gaya hidup haiwan peliharaan.

Selain menawarkan pelbagai produk dan promosi eksklusif kepada pengunjung, penganjuran kali ini turut meneruskan Kempen Pemilikan Haiwan Peliharaan Bertanggungjawab bagi meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan beretika, kebajikan haiwan serta pengurusan haiwan peliharaan yang lebih baik.

Edisi kali ini turut diserikan dengan penyertaan cef selebriti, Chef Wan yang menyokong usaha memupuk masyarakat lebih prihatin dan penyayang terhadap haiwan.

Antara tarikan utama ekspo ialah prebiu eksklusif kenderaan elektrik (EV) JAECOO J5 EV, yang dipamerkan buat pertama kali di Malaysia.

Pengurus Produk OMODA JAECOO Malaysia, Kamal Afiq berkata, model itu direka dengan kabin mesra haiwan menggunakan material yang diperakui TÜV bagi memberikan keselesaan dan keselamatan kepada haiwan peliharaan sepanjang perjalanan.

“Prebiu J5 EV di ekspo kucing terbesar di Malaysia ini membolehkan kami berhubung dengan pemilik yang benar-benar menghargai kesejahteraan haiwan mereka.

“Pengiktirafan mesra haiwan ini bukan sekadar gimik pemasaran, sebaliknya mencerminkan komitmen kami memastikan haiwan peliharaan menikmati tahap keselesaan yang sama seperti pemiliknya,” katanya.

Sementara itu, penganjur bersama OHMYMEOW! EXPO 2026, Jaice Tan berkata, penganjuran acara tersebut kini berkembang menjadi platform penting dalam mempromosikan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab.

Seorang lagi penganjur, Calvin Soh berkata, penyertaan pemain industri, jenama automotif serta tokoh terkenal diyakini mampu menetapkan penanda aras baharu dalam memperkukuh budaya pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggungjawab di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN