Menara Merdeka 118 dinamakan semula kepada Menara Merdeka Maybank - Utusan Malaysia

Menara Merdeka 118 dinamakan semula kepada Menara Merdeka Maybank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Maybank mengumumkan Menara Merdeka 118 dinamakan semula secara rasmi kepada Menara Merdeka Maybank, mencerminkan kehadiran kumpulan di bangunan mercu tanda yang kini menjadi ibu pejabatnya.

Menurut kenyataan, alamat berdaftar baharu ibu pejabat Maybank adalah Aras 70, Menara Merdeka Maybank, Presint Merdeka 118, 50118 Kuala Lumpur.

“Seiring dengan pengumuman ini, bekas ibu pejabat Maybank di Jalan Tun Perak, yang sebelum ini dikenali sebagai Menara Maybank akan dinamakan semula sebagai Menara Tun Perak.

“Kedua-dua nama bangunan ini akan berkuatkuasa mulai 28 Julai 2026,” ujarnya

Bank itu berkata, Maybank ingin memberi jaminan kepada para pelanggan bahawa Cawangan Utama Kuala Lumpur akan terus beroperasi dari Menara Tun Perak sehingga dimaklumkan kelak.

“Penamaan semula ini tidak akan memberi kesan kepada pelanggan yang mempunyai akaun di cawangan tersebut, dan semua perkhidmatan perbankan akan terus beroperasi seperti biasa,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN