Matrix Concepts diiktiraf dalam Hall of Fame

Matrix Concepts diiktiraf dalam Hall of Fame Anugerah Pemaju Bertanggungjawab 

KELVIN Lee Chin Chuan (tiga dari kiri) menerima Pengiktirafan tersebut pada Majlis Makan Malam Gala Anugerah Hartanah Terurus Terbaik dan Mampan The Edge Malaysia 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) disenaraikan dalam Hall of Fame bagi Anugerah Pemaju Bertanggungjawab The Edge Malaysia sempena ulang tahun ke-10 Anugerah Hartanah Terurus Terbaik dan Mampan The Edge Malaysia 2026.

Pengiktirafan Hall of Fame diberikan kepada pemaju yang menunjukkan komitmen berterusan terhadap pembangunan bertanggungjawab dengan memberi tumpuan kepada penciptaan nilai jangka panjang menerusi pembangunan yang dirancang rapi, berdaya huni dan mampan serta terus memberi manfaat selepas projek disiapkan.

Pengarah Urusan Kumpulan Matrix Concepts, Kelvin Lee Chin Chuan berkata, pengiktirafan Hall of Fame itu membuktikan komitmen jangka panjang syarikat terhadap pembangunan bandar yang bertanggungjawab serta penciptaan nilai mampan.

“Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian bermakna buat Matrix Concepts, lebih-lebih lagi ketika kami meraikan ulang tahun ke-30 tahun ini. Ia mencerminkan komitmen berterusan kami dalam membangunkan bandar yang bertanggungjawab dan mewujudkan nilai berkekalan kepada komuniti, pemegang saham serta semua pihak berkepentingan.

“Menerusi perancangan yang teliti dan pelaburan jangka panjang, kami akan terus memperkukuh nilai bandar yang dibangunkan, memacu pertumbuhan mampan serta membina persekitaran yang benar-benar menjadi pilihan masyarakat untuk didiami,” katanya dalam kenyataan.

Sepanjang tempoh tersebut, Matrix Concepts berkembang daripada pemaju projek kediaman berskala kecil kepada pembangun ekosistem bandar bersepadu yang menggabungkan komponen kediaman, pendidikan, penjagaan kesihatan, gaya hidup dan komersial bagi memenuhi keperluan harian serta kesejahteraan komuniti untuk jangka panjang.

Pendekatan itu mencerminkan kepercayaan syarikat bahawa sesebuah bandar bukan sekadar dinilai berdasarkan pembangunan fizikal, malah pengalaman penduduk yang tinggal di dalamnya merangkumi aspek keterhubungan, aksesibiliti, kebolehdiaman dan kualiti hidup.

Strategi pembangunan bandar jangka panjang Matrix Concepts turut disokong oleh pelaburan berdisiplin dalam infrastruktur, pendidikan, penjagaan kesihatan dan kemudahan gaya hidup yang dilihat sebagai pemangkin kepada pembentukan komuniti mampan serta peningkatan nilai hartanah dalam jangka panjang.

Selain memberi nilai berkekalan kepada pemilik rumah dan komuniti, pendekatan itu terus mengukuhkan keyakinan pelabur, menyokong pertumbuhan perniagaan yang mampan serta meningkatkan nilai kepada pemegang saham.

Sejajar dengan agenda kelestariannya, Matrix Concepts turut memperkukuh usaha pemeliharaan alam sekitar menerusi inisiatif #MatrixForGreen yang menghimpunkan kakitangan, unit perniagaan dan komuniti bagi menggalakkan amalan lebih lestari. 

Inisiatif itu mencerminkan kepercayaan syarikat bahawa impak berkekalan hanya dapat dicapai melalui tindakan yang konsisten dan tanggungjawab bersama.

Pengiktirafan tersebut disampaikan pada Majlis Makan Malam Gala Anugerah Hartanah Terurus Terbaik dan Mampan The Edge Malaysia 2026. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN