PETALING JAYA: Harga emas susut di bawah paras AS$4,000 seauns (bawah RM523.40 segram) pada Selasa, mencecah paras terendah dalam hampir lapan bulan dan berada dalam landasan mencatatkan penurunan bulanan keempat berturut-turut. Logam berharga itu telah merosot lebih 12 peratus sepanjang bulan ini dan kira-kira 15 peratus bagi suku semasa. Kontrak hadapan emas berterusan menyusut kepada AS$3,973.90 seauns (RM520.64 segram) pada 9.12 pagi semalam sebelum naik 0.22 peratus kepada AS$4,047.70 seauns…










