BMW Group Malaysia lantik Raymond sebagai Pengarah Urusan

BMW Group Malaysia lantik Raymond sebagai Pengarah Urusan baharu

RAYMOND TAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: BMW Group Malaysia melantikan Raymond Tan Chor Ann sebagai Pengarah Urusan baharunya, berkuat kuasa 1 September 2026.

Pelantikan tersebut menandakan kepulangan tokoh korporat tempatan pertama yang memegang jawatan nombor satu di syarikat automotif premium berkenaan, berbekalkan pengalaman cemerlang bersama BMW Group di rantau Asia Pasifik dan ibu pejabatnya di Munich.

Raymond akan menggantikan Pengarah Urusan semasa, Benjamin Nagel yang bakal menyandang jawatan baharu sebagai Pengarah Urusan BMW Group Importer Markets TW, HK, MC bagi menyelia pasaran Taiwan, Hong Kong dan Macau.

Dalam peranan baharunya, beliau bertanggungjawab memimpin operasi BMW Group Malaysia serta memperkukuh kedudukan jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad menerusi konsep keterbukaan teknologi dan kuasa pilihan.

Memulakan kerjayanya sebagai pasukan perintis BMW Group Malaysia pada tahun 2003, Raymond pernah menjawat pelbagai jawatan penting merangkumi Pengurus Perancangan Produk dan Harga, Pengurus Produk Serantau di Munich serta Ketua Pemasaran dan Ketua Jualan di Malaysia.

Raymond berkata, beliau amat teruja untuk kembali menerajui syarikat jualan kebangsaan itu pada detik penting ketika jenama berkenaan bersedia melangkah ke era baharu menerusi pengenalan rangkaian model Neue Klasse.

“Keutamaan saya adalah untuk terus mengembangkan perniagaan, mempertingkat profesionalisme rangkaian peruncitan, memperkukuh kesetiaan pelanggan serta mengukuhkan kedudukan BMW Group sebagai jenama premium pilihan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Benjamin bakal memulakan peranan baharunya selepas menyumbang kepimpinan signifikan di Malaysia menerusi agenda elektrifikasi, pendigitalan dan pembangunan rangkaian pengedar.

“Setelah diberi amanah menerajui BMW Group Malaysia, saya berharap dapat membawa pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh di Malaysia ke pasaran-pasaran import yang dinamik ini, sambil terus memperkukuh fokus terhadap pelanggan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN