StarDream Cruises kecualikan surcaj bahan api di Malaysia

StarDream Cruises kecualikan surcaj bahan api di Malaysia, Singapura

StarDream Cruises
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: StarDream Cruises, yang menaungi jenama StarCruises dan Dream Cruises mengecualikan dan mengurangkan surcaj bahan api bagi beberapa pasaran operasinya di rantau ini bagi semua pelayaran yang berlepas pada atau selepas 26 Jun 2026.

Menurut kenyataannya, tetamu yang berlayar dari Singapura dan Malaysia akan menikmati pengecualian penuh surcaj bahan api, manakala tetamu dari Taiwan dan Hong Kong akan menikmati pengurangan sebanyak 50 peratus daripada surcaj bahan api semasa. 

Pengendali kapal persiaran itu berkata, langkah ini dibuat susulan semakan berterusan terhadap keadaan operasi semasa serta komitmen berterusan syarikat untuk memberikan nilai terbaik kepada para tetamu yang berlayar bersama Genting Dream, Star Navigator dan Star Voyager.

Presiden StarDream Cruises, Michael Goh berkata, pengumuman tersebut adalahseiring dengan kestabilan harga bahan api

“Kami berbesar hati untuk mengurangkan dan di beberapa pasaran mengecualikan sepenuhnya surcaj bahan api kepada para tetamu kami. 

“Kami sentiasa mengamalkan pendekatan yang telus dalam pelaksanaan surcaj ini iaitu hanya mengenakannya apabila perlu. Apabila keadaan operasi bertambah baik, kami percaya manfaat ini wajar dikembalikan kepada para tetamu,” katanya.

Tambahnya, pelarasan ini mengambil kira keperluan operasi yang berbeza di setiap pasaran serta perkembangan positif dalam keadaan pasaran bahan api global. 

Menurutnya, StarDream Cruises kekal komited untuk menawarkan pengalaman pelayaran yang bernilai kepada para tetamu di semua pasaran serantaunya.

“StarDream Cruises akan terus memantau pergerakan harga bahan api global dan menyemak semula struktur surcaj dari semasa ke semasa mengikut keperluan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×