Ajinomoto perkukuh komitmen promosi gaya hidup sihat - Utusan Malaysia

Ajinomoto perkukuh komitmen promosi gaya hidup sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) terus memperkukuh komitmennya dalam mempromosikan pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan kesejahteraan masyarakat apabila sekali lagi tampil sebagai penaja utama Bulan Nutrisi Malaysia (NMM) 2026.

Program yang berlangsung dari 4 hingga 7 Jun 2026 di Sunway Velocity Mall itu membawa tema “Delay No More – Eat Right, Be Active Today” bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengambil langkah proaktif ke arah kehidupan yang lebih sihat.

AMB berkata, sebagai antara inisiatif pendidikan pemakanan terbesar di negara ini, NMM 2026 menjadi platform penting untuk memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan serta amalan pemakanan yang lebih baik.

Menurutnya, menerusi inisiatif tersebut, AMB terus menyokong usaha membudayakan gaya hidup sihat dengan menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan relevan untuk seisi keluarga.

“Sepanjang empat hari karnival berlangsung, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif, permainan menarik serta pengalaman produk yang mengetengahkan jenama utama AMB seperti AJI-NO-MOTO®, aminoVITAL® dan AJINOMOTO Gyoza.

“Reruai AMB turut menjadi tumpuan menerusi konsep AJI-NO-MOTO® Smart Salt yang mengetengahkan kaedah mengurangkan pengambilan sodium tanpa menjejaskan kelazatan makanan.

“Ini sekali gus membuktikan bahawa pilihan yang lebih sihat tidak semestinya mengorbankan rasa,” katanya dalam kenyataan.

Dalam usaha menggalakkan gaya hidup aktif, aminoVITAL® turut memberi peluang kepada pengunjung untuk memahami manfaat asid amino dalam menyokong tenaga, ketahanan fizikal dan pemulihan otot.

Melalui pelbagai aktiviti serta perkongsian maklumat, pengunjung didedahkan kepada kepentingan pemakanan yang menyokong gaya hidup aktif dan seimbang.

Sementara itu, AJINOMOTO Gyoza menawarkan pengalaman yang menggabungkan kelazatan, kemudahan dan khasiat dalam satu hidangan.

Menerusi sesi pensampelan produk dan aktiviti interaksi bersama pengunjung, AMB menunjukkan bagaimana pilihan makanan yang praktikal untuk gaya hidup moden juga mampu menjadi pilihan yang memuaskan serta berkhasiat.

“Selain aktiviti di reruai, program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti pentas dan program libat urus komuniti yang menggalakkan pembelajaran mengenai pemakanan sihat dalam suasana santai serta menyeronokkan.

“Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran mengenai pemakanan, malah mengeratkan hubungan dengan keluarga, golongan belia dan masyarakat setempat,” katanya.

Melalui sokongan berterusan terhadap Bulan Nutrisi Malaysia 2026, AMB kekal komited untuk menyumbang ke arah pembentukan komuniti yang lebih sihat serta kesejahteraan yang mampan.

“Berpandukan tujuan syarikat untuk membantu menangani isu berkaitan makanan dan kesihatan, AMB akan terus memanfaatkan kepakaran dalam bidang pemakanan, inovasi produk serta penglibatan komuniti.

“Usaha ini bagi merealisasikan aspirasi “Eat Well, Live Well” demi masa depan yang lebih sihat untuk generasi akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN