Top Glove diiktiraf dalam Indeks Kelas Terbaik S&P Dow Jones

Top Glove diiktiraf dalam Indeks Kelas Terbaik S&P Dow Jones 2026 kali ketujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Top Glove Corporation Bhd. (Top Glove) sekali lagi dimasukkan ke dalam Indeks Kelas Terbaik S&P Dow Jones (BIC) 2026, menandakan tahun ketujuh berturut-turut disenaraikan dalam indeks kemampanan yang diiktiraf di peringkat global, yang sebelum ini dikenali sebagai Indeks Kemampanan Dow Jones (DJSI).

Menurut kenyataannya, Top Glove kekal sebagai satu-satunya syarikat Malaysia dalam sektor peralatan dan bekalan penjagaan kesihatan dalam S&P Dow Jones BIC di bawah Indeks Pasaran Baru Muncul.

Pencapaian ini disokong oleh prestasi kukuh Top Glove dalam Penilaian Kemampanan Korporat Global (CSA) S&P 2025.

Pengerusi Eksekutif Top Glove, Tan Sri Dr Lim Wee Chai berkata, kemasukan Top Glove ketujuh kali berturut-turut dalam Indeks S&P Dow Jones Terbaik menegaskan komitmen kukuh syarikat untuk menerapkan kemampanan merentasi setiap aspek operasi.

“Prestasi kami mencerminkan tadbir urus yang berdisiplin, ketelusan yang kukuh dan komitmen yang mendalam terhadap pembangunan modal insan, yang kekal sebagai faktor kritikal untuk perniagaan dan industri kami.

“Kami kekal fokus untuk menyumbang secara positif dan mewujudkan nilai jangka panjang untuk pihak berkepentingan kami, sambil memenuhi permintaan sarung tangan global secara bertanggungjawab,” katanya.

Syarikat itu jauh mengatasi purata industri dan muncul sebagai pengeluar sarung tangan dengan skor tertinggi dalam kalangan rakan sejawat di Malaysia dan Thailand, menunjukkan tadbir urus yang mantap, ketelusan yang tinggi dan pengurusan modal insan yang kukuh merentasi operasinya.

Tambahnya, kekuatan prestasi Top Glove adalah dalam tadbir urus dan pengurusan risiko yang kukuh, disokong oleh piawaian etika perniagaan, kualiti produk dan pelaporan kemampanan yang tinggi.

Jelasnya, pengurusan modal insan, kriteria yang paling berat untuk industri, juga penyumbang utama kepada rangkuman syarikat, menunjukkan tumpuan berterusannya terhadap pembangunan pekerja, keselamatan tempat kerja dan kesejahteraan tenaga kerja.

Prestasi kemampanan Top Glove dipertingkatkan lagi dengan tahap pendedahan yang tinggi, dengan lebih 90 peratus ketelusan data, pengurusan alam sekitar yang terpuji serta ketiadaan sebarang kontroversi berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), mengukuhkan kedudukan kumpulan sebagai pengeluar penjagaan kesihatan global yang bertanggungjawab. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN