BERMULA sebagai nelayan kecil yang menangkap ikan untuk kegunaan sendiri, kini Noryati Othman, 48, berjaya mengembangkan perusahaan sambal dan produk ikan masin sehingga mampu membantu komuniti nelayan setempat menjana pendapatan. Noryati berkata, titik perubahan perniagaannya bermula apabila menerima bantuan geran bernilai RM50,000 daripada Jabatan Perikanan Negeri Sembilan pada 2023 bagi menaik taraf operasi pemprosesan makanan laut. Katanya, bantuan itu digunakan untuk membeli pelbagai peralatan termasuk dua unit peti ais, mesin…










