Affin, Porsche Malaysia lancar kempen ‘Race to the Extraordinary’

Affin, Porsche Malaysia lancar kempen ‘Race to the Extraordinary’

WAN Razly Abdullah (dua dari kiri) bersama Naquib Azlan (kiri) dan Christopher Hunter (kanan) semasa majlis pelancaran kolabrasi antara Affin Bank dan Porsche Malaysia yang diwakili oleh Sime Darby Auto Performance.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan Affin (Affin) menjalin kerjasama strategik dengan Porsche Malaysia bagi melancarkan kempen ‘Race to the Extraordinary’, satu inisiatif yang menggabungkan perkhidmatan perbankan premium dengan pengalaman gaya hidup sukan permotoran eksklusif.

Kolaborasi ini menyaksikan Affin terlibat dalam acara berprestij seperti Porsche Carrera Cup Asia (PCCA) buat julung kalinya serta Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia (PESCM) untuk kali kedua.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, kerjasama ini melambangkan cita-cita bank untuk menyediakan pengalaman luar biasa yang selari dengan aspirasi pelanggan masa kini.

“Dengan menggabungkan keupayaan kewangan dan akses gaya hidup premium, kami memberikan pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan selaras dengan tiga tonggak pelan Affin Axelerate 2028 (AX28) iaitu Perkhidmatan Pelanggan Tanpa Tandingan, Kepimpinan Digital dan Perbankan Bertanggungjawab Dengan Impak,” katanya semasa majlis pelancaran di sini hari ini. 

Menerusi kempen ini, pelanggan Affin berpeluang mendapat akses eksklusif untuk menyaksikan perlumbaan Porsche Carrera Cup Asia di Litar Antarabangsa Sepang pada 22 dan 23 Ogos 2026, serta di Litar Jalanan Marina Bay, Singapura pada 9 hingga 11 Oktober 2026.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter berkata, kerjasama ini merupakan jambatan yang menghubungkan aspirasi dengan realiti.

“Sama ada melangkah ke dalam kereta lumba atau memandu kereta Porsche idaman, di sinilah perkongsian kami dengan Affin bertemu secara semula jadi. Bersama-sama, kami membuka laluan jelas untuk generasi akan datang mendekati impian mereka,” katanya.

Kerjasama ini turut memberi pengiktirafan kepada pelumba Team Porsche Malaysia, Naquib Azlan yang bertanding dalam musim PCCA 2026. 

Kehadiran beliau diharapkan dapat memberi inspirasi kepada golongan muda dan peminat sukan permotoran, termasuk pelanggan segmen perbankan belia, Affin Fintura.

Langkah ini memperkukuh hala tuju Affin dalam membina hubungan pelanggan melampaui produk perbankan tradisional, sebaliknya melalui pengalaman bermakna yang relevan dengan gaya hidup digital dan aspirasi tinggi generasi baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN