Standard Chartered Malaysia bantu pelanggan hadapi ketidaktentuan ekonomi global - Utusan Malaysia

Standard Chartered Malaysia bantu pelanggan hadapi ketidaktentuan ekonomi global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Standard Chartered Malaysia komited untuk terus menyokong pelanggan yang berdepan tekanan kewangan susulan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global yang berterusan.

Bank dalam kenyataannya berkata, ia berdiri bersama industri perbankan negara dalam usaha membantu pelanggan individu dan perniagaan yang terkesan, selaras dengan matlamat Malaysia untuk mengekalkan kestabilan ekonomi serta memperkukuh daya tahan kewangan.

Katanya, bank memberi tumpuan untuk bekerjasama rapat dengan pelanggan yang terjejas bagi memahami keperluan mereka serta menyediakan bantuan yang disesuaikan sepanjang tempoh ketidaktentuan yang meningkat ini.

“Standard Chartered Malaysia sentiasa bersedia untuk memberikan sokongan yang diperlukan dan memastikan pelanggan mempunyai akses kepada bantuan yang sesuai dalam menghadapi cabaran semasa,” katanya.

Menurutnya, pelanggan yang memerlukan bantuan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pengurus perhubungan masing-masing atau pihak bank melalui beberapa saluran yang disediakan.

“Antaranya termasuk menghantar Secure Mail melalui Inbox dalam aplikasi SC Mobile atau Mailbox dalam perbankan dalam talian, selain menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1300888888 bagi panggilan dalam Malaysia atau +60377118888 bagi panggilan dari luar negara,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN