PETALING JAYA: Sektor perladangan dijangka terus mendapat manfaat daripada kenaikan harga minyak sawit mentah (MSM) dan pelaksanaan mandat biodiesel di peringkat global, termasuk Indonesia dan Malaysia. RHB Investment Bank Berhad berkata, analisis sensitivitinya menunjukkan kebanyakan harga saham perladangan masih mencerminkan harga MSM di bawah RM4,400 setan. “Kami masih mengesyorkan pelabur mengambil pandangan perdagangan yang bersifat taktikal positif, kerana perladangan dijangka mendapat manfaat selagi konflik di Asia Barat berterusan, memandangkan harga…










