PORT DICKSON: Raia Hotels menyasarkan jualan mencecah RM100 juta menjelang 2027 melibatkan enam lokasi di Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Negeri Sembilan. Ketua Pegawai Eksekutif UJ Hotels & Resorts Management Services Sdn. Bhd., Muhammad Solleh Ramli berkata, sasaran itu disokong oleh peningkatan pelaburan kumpulan dalam aspek jualan dan pemasaran, khususnya pemasaran digital. “Keterlihatan dalam talian kami kini jauh lebih baik berbanding sebelum ini dengan pelanggan datang daripada pelbagai…










