KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menilai untuk mempercepatkan pelaksanaan Projek Kasawari seawal 2027, sejajar dengan keperluan mendesak pengurangan pelepasan karbon dan usaha memperkukuh kedudukan Malaysia dalam ekonomi rendah karbon global. Pengurus Besar Kanan (Huluan), Bahagian Pengurusan Karbon Petronas, Emry Hisham Yusoff berkata, pihaknya sedang meneliti kemungkinan mempercepatkan komponen utama projek, khususnya kemudahan penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS). “Perancangan asal meletakkan pelaksanaan pada penghujung 2029/2030 ini, namun kami sedang menilai…










