KUALA LUMPUR: Konflik geopolitik yang berlarutan di Asia Barat dijangka memberi kesan besar kepada ekonomi global apabila gangguan bekalan tenaga mula menjejaskan pelbagai industri hiliran serta pengguna akhir di seluruh dunia. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik berkata, impak sebenar konflik ini bukan sahaja tertumpu kepada sektor minyak dan gas, malah akan merebak ke pelbagai sektor penting termasuk teknologi, kesihatan dan pertanian. “Minyak dan…










