Gading Kencana jalin MoU bangun ladang solar di Indonesia

Gading Kencana jalin MoU bangun ladang solar di Indonesia

gading kencana
Ir. Guntor Tobeng (dua dari kiri) dan Dwi Budi Sulistiyana (kanan) menandatangani dokumen memorandum persefahaman antara Gading Kencana Sdn. Bhd. dan PT Jateng Petro Energi  di saksikan oleh Drs. Ahmad Luthf dan Hermono di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gading Kencana Sdn. Bhd. (GKSB) baru-baru ini telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan PT Jateng Petro Energi (JPEN) dari Indonesia untuk projek membangunkan ladang solar di negara itu.

Melalui perjanjian itu kedua-dua syarikat mencapai persetujuan JPEN yang merupakan syarikat milik  Pemerintah Provinsi Jawa Tengah yang turut terlibat dalam membangunkan tenaga boleh baharu (TBB) bersetuju untuk meneroka peluang dalam bidang berkenaan di wilayah terbabit.

Ini selari dengan keupayaan GKSB yang merupakan syarikat bumiputera terkemuka di negara ini yang memiliki pengalaman, keupayaan dan kepakaran dalam pembinaan dan pengurusan ladang solar.

Kedua-dua pihak menandatangani MoU itu bagi merangka kerjasama untuk meneroka bidang tersebut di wilayah Jawa Tengah.

Pada MoU yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara itu GKSB diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Ir Guntor Tobeng dan JPEN oleh Presidennya, Dwi Budi Sulistiyana.

Majlis itu telah disaksikan oleh Gabenor Jawa Tengah, Drs. Ahmad Luthfi dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono.

Guntur berkata, melalui MoU itu GKSB dab JPP telah merangka persefahaman untuk menjalin kerjasama bagi mengenal pasti potensi membangunkan ladang solar di wilayah berkenaan.

Katanya, ia termasuk menjalankan beberapa kajian kelayakan yang meliputi aspek teknikal, kebolehpasaran,  peluang ekonomi dan perniagaan serta beberapa aspek lain berkaitan potensi projek ini.

“Kami akan mengadakan perbincangan terlebuh dahulu terutama berkaitan dengan kebolehlaksanaan, kemudahan yang ada dan proses perundangan di negara itu berhubung pelaksanaan projek solar,” katanya.

Selain itu kata Guntor, MoU itu juga bagi membolehkan kedua-dua belah pihak membentuk pasukan bersama yang akan berkomunukasi secara berkala disamping melakukan perbincangan terperinci berhubung kerjasama itu.

“MoU ini secara tidak langsung membuktikan kepercayaan pihak luar kepada syarikat bumiputera di negara dalam mengendalikan projek TBB pada skala besar bukan sahaja dalam negara tetapi jug di luar negara,” kata Guntor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN