Bursa Malaysia dibuka rendah

Bursa Malaysia dibuka rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal dagangan pagi ini mencerminkan sentimen berhati-hati dalam kalangan pelabur.

Pasaran saham tempatan turun 6.29 mata kepada 1,685.02 pada pukul 9.20 pagi hari ini, berbanding 1,691.31 pada Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka rendah 1,682.43.

Jumlah dagangan sebanyak 448.69 juta unit bernilai RM214.49 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 407 berbanding 156 dengan 330 kaunter tidak berubah dan 1,824 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun susut 375.68 mata atau 0.66 peratus kepada 56,548.43 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks STI Singapura jatuh 0.29 peratus kepada 4,975.06 dan indeks Kospi Korea Selatan turun sebanyak 0.77 peratus kepada 5,813.54. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN