PETALING JAYA: Pasaran saham tempatan dibuka rendah dalam ketidaktentuan pasaran global susulan konflik di Asia Barat yang masih berterusan.
FTSE KLCI Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 1.63 mata kepada 1,693.87 pada pukul 10.56 pagi, berbanding 1,695.50 pada sesi dagangan akhir Jumaat lalu.
Indeks penanda aras dibuka negatif pada 1,694.32.
Jumlah dagangan sebanyak 1.13 bilion unit bernilai RM742.83 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 490 berbanding 265 dengan 466 kaunter tidak berubah dan 1,426 tidak diniagakan.
Dalam pada itu, Nikkei Jepun turun 878.15 mata atau 1.65 peratus kepada 54,001.64 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, STI Singapura naik 0.29 peratus kepada 4,961.70 dan indeks KOSPI Korea Selatan melonjak 59.35 mata atau 1.10 peratus kepada 5,436.65. – UTUSAN










