Amir Hamdan tamat khidmat sebagai Presiden, CEO Prasarana - Utusan Malaysia

Amir Hamdan tamat khidmat sebagai Presiden, CEO Prasarana

AMIR HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Berhad mengesahkan Amir Hamdan akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (PGCEO) selepas hampir lapan tahun menerajui syarikat itu.

Prasarana memaklumkan sepanjang tempoh tersebut, beliau memainkan peranan penting dalam memacu pelbagai inisiatif transformasi serta memperkukuh operasi syarikat bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat.

“Keputusan beliau meninggalkan Prasarana adalah atas sebab peribadi, selaras dengan perancangan langkah seterusnya.

“Prasarana merakamkan penghargaan atas sumbangan serta kepimpinan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan dan mendoakan kejayaan dalam perancangan masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut syarikat itu, maklumat lanjut berhubung kesinambungan kepimpinan akan dimaklumkan melalui saluran komunikasi rasmi dari semasa ke semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN