PETALING JAYA: Al Taj Food Marketing & Services Sdn. Bhd. terus memperkukuh kedudukan dalam segmen halal dengan menawarkan rangkaian produk yang diyakini, sekali gus memperluaskan akses ke pasaran domestik dan antarabangsa. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tajul Ariffin Abdullah berkata, syarikat itu memperluaskan rangkaian pengedaran ke pelbagai saluran termasuk pasar raya utama dan segmen hotel, restoran dan katering (HORECA). Menurutnya, Al Taj turut mempelbagaikan strategi perniagaan melalui pendekatan perniagaan ke perniagaan (B2B)…










