Agrobank sedia bantuan bersasar kepada pelanggan terjejas

Agrobank sedia bantuan bersasar kepada pelanggan terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agrobank akan terus menyediakan bantuan bersasar kepada pelanggan yang terkesan akibat ketidaktentuan global yang berterusan, termasuk perkembangan di Asia Barat.

Seiring dengan usaha industri, bank mengguna pakai pendekatan tertumpu berasaskan keperluan, termasuk penstrukturan dan penjadualan semula pembiayaan serta khidmat nasihat bagi membantu pelanggan mengurus cabaran kewangan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, Agrobank kekal komited dalam menyokong pelanggan syarikat khususnya agropreneur dan PKS, dalam tempoh mencabar ini.

“Pelanggan yang menghadapi kesukaran digalakkan untuk berhubung lebih awal dengan kami bagi meneroka bantuan yang bersesuaian,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai institusi kewangan pembangunan, Agrobank akan terus menyokong daya tahan sektor pertanian serta memastikan sekuriti makanan negara, di samping memantau perkembangan semasa dengan teliti.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN