UDA perkukuh pembangunan lestari menerusi Dedaun Residensi - Utusan Malaysia

UDA perkukuh pembangunan lestari menerusi Dedaun Residensi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UDA Holdings Berhad (UDA) terus mempergiat usaha menyokong inisiatif kelestarian dengan membangunkan produk hartanah, Dedaun Residensi yang diinspirasikan daripada kehijauan alam semula jadi.

Ketua Pegawai Operasi, UDA Land Sdn. Bhd., Zaiwati Othman berkata, memasuki tahun ke-55 penubuhan, UDA terus menekankan pembangunan yang bukan sahaja berkualiti, malah mengambil kira aspek kelestarian di mana salah satu pembangunan terkini yang menampilkan elemen tersebut adalah Dedaun Residensi.

“Antara elemen kelestarian dan kehijauan alam diterapkan pada projek yang dijangka siap pada Ogos 2027 ini adalah kawasan rekreasi mini, trek jogging dan ruang pengecasan kenderaan elektrik (EV) serta parkir orang kurang upaya (OKU) untuk kegunaan dan keselesaan penghuni.

“Dedaun Residensi menerima sambutan yang positif sejak dilancarkan pada 2023 dan masih dibuka untuk jualan.

“Projek ini menonjol kerana gabungan lokasi yang strategik berdekatan dengan pelbagai fasiliti penting seperti sekolah, pusat perubatan dan kemudahan pengangkutan awam serta laluan utama,” katanya dalam kenyataan.

Melalui konsep zon hijau, projek oleh peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ini membolehkan penghuni menikmati kehidupan moden sambil dikelilingi kehijauan dan kedamaian alam.

Apartmen setinggi 37 tingkat itu menawarkan kediaman yang dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air pada saiz berkeluasan 850 kaki persegi dan 1,160 kaki persegi.

Projek yang mempunyai 341 unit itu turut dilengkapi pelbagai kemudahan yang memenuhi keperluan seisi keluarga seperti kolam renang, ruang barbeku dan cuci kereta serta taman permainan kanak-kanak.

Pembangunan Dedaun Residensi terletak di kawasan strategik iaitu Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor, sebuah bandar yang mampan dan matang.

Ia dikelilingi pelbagai kemudahan awam seperti Columbia Asia Hospital Cheras, Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn dan Pusat Perubatan Sungai Long.

Selain itu, terdapat kemudahan institusi pendidikan berdekatan seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tun Hussein Onn, SK Bandar Tun Hussein Onn (2), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn (2), SMK Cheras Perdana serta Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Batu 11 Cheras.

Projek ini juga dihubungkan dengan laluan utama seperti Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) serta Sistem Lingkaran
Lebuhraya Kajang (SILK).

Ia juga dibangunkan berhampiran dengan stesen transit aliran massa (MRT) Bandar Tun Hussein Onn (2.9km) dan MRT Batu 11 Cheras (3.9km).

Kini, melalui Kempen Celebrate Together yang sedang berlangsung, orang ramai yang berminat memiliki hartanah kediaman UDA layak menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi
emas serta ganjaran tunai bagi pembelian yang dibuat sebelum 31 Mac ini.

Tawaran terbuka kepada pembeli yang menempah dan menandatangani perjanjian jual beli (SPA) dalam tempoh promosi, dengan hadiah menarik termasuk emas seberat 5 gram dan wang tunai RM1,888.

Peluang istimewa ini juga tidak terhad kepada kediaman Dedaun Residensi sahaja, malah merangkumi semua projek pembangunan UDA di seluruh negara.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sosial rasmi UDA Property di media sosial, Instagram (@udapropertymalaysia) dan Facebook (UDA Property Malaysia) untuk mendapatkan info terkini serta merebut pelbagai tawaran istimewa yang sedang berlangsung. – utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN