PETALING JAYA: TechStore Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Tech-Store Malaysia Sdn. Bhd. (TSM) menerima surat anugerah (LOA) daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi pelaksanaan projek pembekalan satu unit mesin pengimbas mobile cargo bernilai kira-kira RM12.97 juta. Dalam makluman di Bursa Malaysia, TechStore berkata, kontrak bertajuk tender perkhidmatan sewa beli bagi membekal, menghantar, memasang, menguji, mentauliah, melatih dan menyelenggara termasuk alat ganti serta kerja-kerja berkaitan satu unit mesin itu.…










