Tealive lancar minuman pracampur tiga dalam satu di Jaya Grocer

Tealive lancar minuman pracampur tiga dalam satu di Jaya Grocer

BRYAN Loo (tengah) pada majlis pelancaran minuman pracampur Tealive di Jaya Grocer Sunway Pyramid.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tealive, jenama teh gaya hidup memperkukuh kehadirannya dalam segmen barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) menerusi pelancaran rangkaian minuman pracampur tiga dalam satu di rangkaian pasar raya, Jaya Grocer.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo berkata, langkah itu dibuat selari dengan peningkatan permintaan terhadap minuman yang boleh dinikmati di rumah.

Katanya, semakin ramai pengendali makanan dan minuman kini memperkenalkan produk premix sebagai strategi mempelbagaikan saluran perniagaan serta mengurangkan kebergantungan kepada kunjungan pelanggan ke premis fizikal.

“Kerjasama kami dengan Jaya Grocer telah menjadi sebahagian daripada perjalanan Tealive sejak Covid-19, apabila kami memperkenalkan DIY Bubble Tea Kit yang membolehkan pengguna menikmati Tealive di rumah. 

“Pelancaran rangkaian pracampur tiga dalam satu ini merupakan satu lagi langkah penting dalam menjadikan Tealive lebih dekat dengan rutin harian pengguna,” katanya dalam kenyataan

Majlis pelancaran tersebut berlangsung pada 13 Februari di Jaya Grocer Sunway Pyramid, diikuti dengan aktiviti promosi sehingga 15 Februari, merupakan langkah strategik Tealive dalam memanfaatkan pertumbuhan pesat segmen penggunaan minuman pracampur di rumah.

Beliau berkata, kolaborasi itu membolehkan pengguna menikmati minuman kegemaran mereka pada bila-bila masa, sekaligus memperkukuh komitmen Tealive untuk menawarkan minuman ala kafe dalam bentuk yang lebih mudah didapati. 

Jelasnya, selaras dengan aspirasi untuk menjadi jenama minuman gaya hidup terkemuka, pengembangan ke saluran runcit ini mencerminkan usaha Tealive menjadi sebahagian daripada rutin harian rakyat Malaysia, sama ada melalui pembelian di premis atau melalui penyediaan minuman sendiri di rumah.

“Langkah itu juga membolehkan syarikat memanfaatkan kekuatan jenama sedia ada dalam segmen baharu,” jelasnya.

Tambahnya, pengguna boleh menikmati minuman pracampur Tealive dalam tiga pilihan siri minuman iaitu teh susu, kopi dan coklat. 

“Siri minuman teh susu termasuk Signature Milk Tea, Gula Melaka Teh Tarik dan Milk Tea Matcha. Siri minuman kopi pula menampilkan Signature Coffee, Coffee Hazelnut dan Caramel Macchiato, manakala siri minuman coklat merangkumi Signature Chocolate, Chocolate Hazelnut dan Salted Dark Chocolate.

“Rasa gula perang yang menjadi ‘signature’ Tealive juga boleh dinikmati pada beberapa varian, dengan kelazatan karamel gula perang yang sama, dalam bentuk pracampur,” ujarnya.

Tambahnya, Jaya Grocer juga menjadi rangkaian pasar raya pertama yang menawarkan 3+1 Fun Packs Tealive dengan pelbagai pilihan minuman dalam satu pek, sesuai untuk keluarga mahupun pejabat yang inginkan variasi dan penjimatan.

Sepanjang musim perayaan, Festive Joy Box edisi terhad turut ditawarkan bagi ketiga-tiga siri minuman, di mana setiap kotak didatangkan bersama satu tumbler premium percuma daripada enam rekaan eksklusif yang sesuai dijadikan cenderamata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN