KUALA LUMPUR: Jenama kafe dan pastri tempatan, Dotty’s Pastries & Coffee menyaksikan pertumbuhan jualan dan perluasan pasaran setelah memperoleh pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi dapur pusatnya sejak 2023. Pengurus Kanan Komersial dan Pembangunan Continuum Hospitality Group, Kaylee Low berkata, pensijilan tersebut meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk yang ditawarkan, sekali gus membuka lebih banyak peluang kerjasama perniagaan termasuk dengan syarikat korporat, hotel dan syarikat penerbangan. Katanya, walaupun…










