PETALING JAYA: Proton melancarkan kempen servis peringkat kebangsaan yang berlangsung dari 30 Mac hingga 30 Jun 2026 bertujuan menggalakkan pemilik kembali ke pusat servis bertauliah bagi menjalankan penyelenggaraan berkala, khususnya bagi kenderaan yang telah lama tidak diservis. Menurut kenyataan, kempen itu terbuka kepada kenderaan Proton yang didaftarkan antara Januari 2018 hingga Januari 2021 dan tidak mempunyai rekod servis melebihi 12 bulan. “Melalui kempen ini, pemilik boleh menikmati pakej servis asas…










