Pasaran saham susut di bawah 1,700

Pasaran saham susut di bawah 1,700

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka rendah apabila jatuh di bawah 1,700 pada pagi ini dalam ketidaktentuan pasaran global susulan konflik di Asia Barat yang masih berterusan.

FTSE KLCI Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 24.24 mata kepada 1,688.41 pada pukul 10.36 pagi, berbanding 1,712.65 pada sesi dagangan akhir Jumaat lalu.

Indeks penanda aras dibuka negatif pada 1,702.08.

Jumlah dagangan sebanyak 1.29 bilion unit bernilai RM1.13 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 746 berbanding 296 dengan 317 kaunter tidak berubah dan 1,383 tidak diniagakan.

Dalam pada itu, Nikkei Jepun turun 2,436.94 mata atau 4.57 peratus kepada 50,936.13 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, STI Singapura jatuh 0.31 peratus kepada 4,883.20 dan indeks KOSPI Korea Selatan menjunam 212.83 mata atau 3.91 peratus kepada 5,226.04. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN