Pasaran saham dibuka bercampur-campur

Pasaran saham dibuka bercampur-campur

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur, susulan sentimen risiko global konflik Asia Barat yang masih tidak menentu.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 12.42 mata kepada 1,708.29 pada pukul 10.06 pagi berbanding 1,720.71 ketika ditutup pada Khamis lalu.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,732.09.

Jumlah dagangan sebanyak 823.02 juta unit bernilai RM822.28 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 713 berbanding 158 dengan 342 kaunter tidak berubah dan 1,550 tidak diniagakan.

Dalam pada itu, Nikkei Jepun naik 177.97 mata atau 0.35 peratus kepada 51,693.46 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, STI Singapura jatuh 0.15 peratus kepada 4,834.15 manakala indeks KOSPI Korea Selatan naik 33.48 mata atau 0.62 peratus kepada 5,439.23. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN