Lesen operasi Lynas Rare Earths Ltd. diperbaharui

Lesen operasi Lynas Rare Earths Ltd. diperbaharui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lesen operasi, Lynas Rare Earths Ltd. di Malaysia telah diperbaharui oleh kerajaan untuk tempoh 10 tahun lagi.

Syarikat Australia itu mengendalikan kemudahan pemprosesan nadir bumi terbesar di luar China, menerima surat daripada Jabatan Tenaga Atom Malaysia berhubung pembaharuan lesen tersebut yang bermula pada 3 Mac.

Ketua Pegawai Eksekutif Lynas, Amanda Lacaze berkata, Lynas mengalu-alukan tempoh lesen yang lebih panjang ini kerana ia memberikan kepastian pelaburan yang lebih kukuh kepada Lynas serta rakan rantaian bekalan dan pelanggan nadir bumi syarikat.

Katanya, pembaharuan lesen itu dibuat ketika Lynas Rare Earths Ltd. berjanji untuk menubuhkan kemudahan baharu pengasingan nadir bumi bernilai RM500 juta di Malaysia susulan permintaan yang kukuh. 

“Nadir bumi kini menjadi tumpuan utama apabila China, yang sekian lama menguasai bekalan bahan kritikal tersebut, mengetatkan kawalannya di tengah-tengah ketegangan perdagangan global.

“Tapak Lynas di Malaysia kini merupakan satu-satunya pengeluar komersial bahan itu di luar China, yang digunakan secara meluas dalam kenderaan elektrik dan teknologi canggih seperti peluru berpandu berpandu. Malaysia pula melarang eksport nadir bumi mentah dan hanya membenarkan produk diproses bernilai tambah untuk dieksport,” katanya dalam kenyataan.

Malaysia dianggarkan mempunyai kira-kira 16 juta tan deposit nadir bumi, satu angka yang signifikan berbanding penggunaan tahunan global sekitar 200,000 tan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dijangka akan mengadakan sidang media mengenai pembaharuan lesen itu hari Isnin.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN