PETALING JAYA: Dorsett Grand Subang menekankan pensijilan halal sebagai satu daripada faktor utama untuk meningkatkan keyakinan pelanggan dan memacu pertumbuhan perniagaan makanan dan minumannya terutamanya dalam menawarkan bufet Ramadan. Pengurus Makanan dan Minumannya, Roshidee Sheik berkata, pensijilan halal bukan sahaja memenuhi permintaan pelancong beragama Islam tetapi juga menjadi elemen penting dalam strategi korporat bagi menarik pelanggan daripada agensi kerajaan dan korporat. Katanya, hotel tersebut telah memperoleh pensijilan halal daripada Jabatan…










