PETALING JAYA: Pasaran saham tempatan turun 24.75 mata kepada 1,687.90 pada 5 petang ini berbanding 1,712.65 pada sesi dagangan Jumaat.
Indeks penanda aras FTSE KLCI Bursa Malaysia (FBM KCLI) dibuka tinggi pada 1,702.08.
Jumlah dagangan sebanyak 3.97 juta unit bernilai RM4.849 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 956 berbanding 371 dengan 1042 kaunter tidak berubah dan 373 tidak diniagakan.
Dalam pada itu, Nikkei Jepun susut 1.487.22 mata atau 2.79 peratus kepada 51,885.85 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, STI Singapura jatuh 0.08 peratus kepada 4,894.26 manakala indeks KOSPI Korea Selatan merosot 161.57 mata atau 2.97 peratus kepada 5,277.30. – UTUSAN










