Asian Pac Holdings perkenal Dwi Aurora konsep 'Banglo di Langit'

Asian Pac Holdings perkenal Dwi Aurora konsep ‘Banglo di Langit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Asian Pac Holdings Berhad (Asian Pac) mengumumkan pratonton eksklusif projek kediaman terbaharunya, Dwi Aurora di Surya PJ berkonsepkan inovatif “Banglo di Langit”.

Projek kediaman ini merupakan sebahagian daripada pembangunan bandar Surya PJ seluas 28.3 hektar yang sedang pesat membangun, sekali gus memperkukuh legasi kumpulan dalam menyediakan penyelesaian hartanah inovatif di Malaysia.

Dwi Aurora menawarkan unit kontemporari dengan tiga hingga empat bilik tidur berkeluasan antara 900 hingga 1,284 kaki persegi. 

Dengan harga bermula dari RM487,000, projek ini terletak secara strategik hanya 10 minit dari Bandar Sunway.

Ketua Pegawai Operasi Asian Pac Holdings Berhad, Kevin Loh Kah Voon berkata, melalui Dwi Aurora, syarikat bukan sekadar membina pangsapuri, sebaliknya membina gaya hidup seimbang yang menggabungkan kemudahan bandar dengan reka bentuk berkualiti tinggi.

“Konsep ‘Banglo di Langit’ mencerminkan evolusi kumpulan dalam memenuhi kehendak pemilik rumah masa kini yang menginginkan keluasan hartanah tanah dipadukan dengan keselamatan serta kemudahan bangunan bertingkat moden.

“Kami komited menyediakan kehidupan premium yang tetap mampu diakses, menggabungkan estetika moden dengan susun atur lantai yang luas dan praktikal agar setiap penghuni menemui santuari sebenar mereka,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, projek ini dilengkapi dengan ekosistem komprehensif merangkumi 36 kemudahan yang disusun dalam lima zon khas iaitu Zon Sosial, Kesejahteraan & Produktiviti, Pengembaraan, Riadah dan Alam Semula Jadi.

Antara ciri utama termasuk kawasan Sky Deck Dining yang menawarkan pemandangan bandar, ruang kerja bersama, kemudahan kecergasan moden serta persekitaran hijau yang berfungsi sebagai tempat berehat daripada kesibukan bandar.

Asian Pac yang merupakan syarikat tersenarai awam, memiliki portfolio pelbagai merangkumi pembangunan hartanah dan pengurusan pusat beli-belah termasuk aset ikonik seperti IMAGO Mall di Kota Kinabalu dan Levenue II di Desa ParkCity.

Acara pratonton eksklusif untuk orang ramai dijadualkan berlangsung pada 7 dan 8 Mac 2026 di Galeri Jualan Surya PJ bagi memberi peluang kepada bakal pembeli merasai sendiri pengalaman gaya hidup yang ditawarkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN