Zus Coffee lancar kopi putih  tanpa gula

Zus Coffee lancar kopi putih  tanpa gula

NG Chun How (kiri) dalam melancarkan varian terbaharu ZUS Ngupi® 2-dalam-1 kopi putih segera tanpa gula, sekali gus menandakan penganjuran acara berskala terbesar pertama bagi jenama FMCG Zus Coffee baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rangkaian ko­pi tempatan, Zus Coffee terus memperluaskan kehadirannya dalam segmen barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) menerusi pelancaran Zus Ngupi  iaitu kopi putih segera tanpa gula dua dalam satu.

Pelancaran itu selari dengan strategi syarikat untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin mementingkan pilihan lebih sihat dan mudah.

Ketua Perniagaan Zus Coffee FMCG, Ng Chun How berkata, pengembangan rangkaian Zus Ngupi mencerminkan fokus syarikat untuk menghubungkan komuniti melalui produk yang dekat dengan budaya tempatan.

Katanya, pelancaran ini juga dapat memperkukuh kedudukan Zus Coffee dalam pasaran kopi segera yang kompetitif.

“Peralihan ZUS Ngupi daripada sekadar produk kepada pengalaman bersama pengguna menandakan fasa pertumbuhan baharu bagi perniagaan FMCG kami.

“Kami komited untuk terus membina hubungan jangka panjang dengan pengguna, satu cawan pada satu masa,” katanya baru-baru ini.

Diasaskan pada 2019 dengan pembukaan cawangan pertama di Kuala Lumpur, Zus Coffee memasuki segmen FMCG pada 2024 sebagai langkah strategik untuk mempelbagaikan aliran pendapatan.

Kini, produk FMCG Zus Coffee diedarkan di lebih 23,000 titik jualan di seluruh negara, melengkapi operasi kafe fizikal jenama itu.

Rangkaian ZUS Ngupi merangkumi empat perisa tempatan iaitu klasik, kopi tarik, kopi putih dan kopi coklat yang dihasilkan menggunakan teknologi proprietari TRIBLENDLOC, termasuk penggunaan biji kopi Liberica tempatan bagi mengekalkan identiti rasa Malaysia.

Melangkah ke hadapan, Zus Coffee dijangka terus memperluaskan portfolio FMCG sebagai pemacu pertumbuhan baharu, seiring dengan perubahan tabiat pengguna yang semakin mengutamakan kemudahan, kualiti dan kesedaran kesihatan.

Dalam industri kopi yang semakin matang, keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan trend pasaran akan menjadi faktor penentu kelestarian pertumbuhan jenama tempatan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN