Untung bersih Maxis naik kepada RM380j pada suku keempat 2025

Untung bersih Maxis naik kepada RM380j pada suku keempat 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Maxis Berhad (Maxis) mencatatkan pertumbuhan keuntungan bersih sebanyak RM380 juta bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, berbanding RM321 juta bagi suku sama tahun sebelumnya.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, pengendali rangkaian mudah alih kedua terbesar negara itu merekodkan pendapatan sebanyak RM2.87 bilion bagi tempoh yang sama, daripada RM2.77 bilion pada 2024.

Bagi keseluruhan 2025 pula, Maxis melaporkan untung bersih sebanyak RM1.56 bilion daripada RM1.39 bilion pada 2024, manakala pendapatan dicatatkan sebanyak RM10.64 bilion daripada RM10.54 bilion.

Pertumbuhan ini disokong oleh pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) yang lebih kukuh, yang meningkat sebanyak 5.0 peratus tahun ke tahun kepada RM4.33 bilion.

Prestasi ini menandakan salah satu EBITDA tahun penuh Maxis yang tertinggi, mencerminkan keuntungan berterusan daripada pengurusan kos yang berdisiplin, inisiatif pendigitalan dan kecekapan operasi.

Hasil perkhidmatan meningkat sebanyak 0.5 peratus tahun ke tahun kepada RM8.92 bilion, disokong oleh prestasi konsisten dalam perniagaan pengguna dan pertumbuhan dalam perniagaan perusahaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng berkata, fokus pelaksanaan dan operasi syarikat yang berdisiplin memberikan hasil yang selaras dengan panduannya yang digariskan oleh satu daripada EBITDA tertingginya.

Katanya, melihat pada keuntungan yang kukuh ini, syarikat mengumumkan dividen sebanyak 17.5 sen untuk tahun ini, termasuk dividen interim keempat sebanyak 4.0 sen dan dividen sekali sahaja sebanyak 1.5 sen yang diisytiharkan untuk suku tersebut.

“Melihat ke hadapan, strategi kami adalah untuk memperkukuh segmen pengguna kami dan mengembangkan tawaran perusahaan kami melangkaui ketersambungan, termasuk pertumbuhan perniagaan borong kami.

“Kami melabur dalam infrastruktur rangkaian dan menggunakan pendigitalan yang dipacu kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan kecekapan dan memenuhi permintaan masa hadapan,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN