Shell Malaysia tawar hadiah RM1.35 juta sempena ulang tahun ke-135 - Utusan Malaysia

Shell Malaysia tawar hadiah RM1.35 juta sempena ulang tahun ke-135

SEOW Lee Ming (kiri) bersama Pengerusi Negara Shell Malaysia, Siti Hurrairah Sulaiman (tengah) dan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd., Shairan Huzani Husain (kanan) di Majlis Pelancaran Kempen Shell Select Ganjaran water2go Berjuta di Damansara, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Shell Malaysia menawarkan ganjaran bernilai RM1.35 juta menerusi peraduan peringkat nasional di bawah kempen ‘Mencetus Potensi Sejati’, yang direka untuk memperkaya pengalaman perjalanan harian pelanggan.

Kempen itu dilancarkan sempena ulang tahun ke-135 Shell Malaysia tahun ini, sekali gus mencerminkan komitmen baharu syarikat untuk terus menghargai rakyat Malaysia melalui pelbagai tawaran bernilai.

Pengurus Besar Shell Mobiliti dan Kemudahan Malaysia, Seow Lee Ming berkata, sambutan ulang tahun berkenaan bukan sekadar menilai pencapaian lalu, sebaliknya mengukuhkan komitmen syarikat untuk terus maju bersama pelanggan dan komuniti.

Menurutnya, kempen ‘Mencetus Potensi Sejati’ mencerminkan usaha berterusan Shell dalam menawarkan nilai sebenar, kemudahan dan pengalaman yang membolehkan rakyat Malaysia menikmati lebih manfaat dalam setiap perjalanan, bukan sahaja pada masa kini tetapi juga pada masa hadapan.

“Sempena ulang tahun ini, Shell Select akan memperkenalkan rangkaian tawaran nilai terbaik baharu di seluruh rangkaiannya.

“Ia merangkumi keperluan harian serta makanan sedia dimakan kegemaran ramai, yang direka bagi membantu pelanggan memperoleh lebih nilai pada setiap kunjungan,” katanya.

Lee Ming berkata, inisiatif itu diterajui menerusi kempen ‘Shell Select Ganjaran water2go Berjuta’ yang menawarkan pengalaman buka dan menang kepada pelanggan di Shell Select.

Katanya, peraduan yang berlangsung dari 16 Mac hingga 10 Mei 2026 itu menawarkan hadiah utama bernilai RM135,000, hadiah saguhati sehingga RM13,500 serta pelbagai ganjaran eksklusif lain.

“Pemenang akan dipilih secara mingguan dan bulanan sepanjang tempoh peraduan, sekali gus memberi lebih banyak peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah dengan setiap pembelian botol Water2Go.

“Keseluruhan inisiatif ini memperkukuh komitmen Shell dalam menawarkan lebih penjimatan, kemudahan serta pengalaman harian yang lebih baik untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Bermula sebagai pedagang minyak tanah, Shell Malaysia kini menawarkan lebih daripada sekadar bahan api, dengan inovasi berterusan seperti Shell FuelSave yang membantu pemandu bergerak lebih jauh dengan setiap isian.

Shell V-Power pula menawarkan prestasi bertaraf perlumbaan hasil kerjasama inovasi jangka panjang bersama Scuderia Ferrari HP, yang kini dapat dinikmati oleh pemandu di seluruh negara.

Syarikat itu turut memperluas rangkaian pengecas kenderaan elektrik (EV) berprestasi tinggi menerusi Shell Recharge bagi menyokong pertumbuhan komuniti EV di Malaysia.

Sementara itu, pelincir Shell kekal dipercayai oleh jutaan pengguna di seluruh dunia dan diiktiraf sebagai Pembekal Pelincir Global No.1 selama 19 tahun berturut-turut, menurut laporan Kline & Company 2025, 23rd Edition Global Lubricants: Market Analysis and Assessment 2025.

Selain bahan api, Shell Malaysia terus mempertingkat pengalaman pelanggan di stesen melalui Shell Select dan Shell Café yang direka untuk memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia yang sentiasa bergerak, termasuk kopi bergaya barista, pastri segar serta pelbagai pilihan makanan, minuman dan keperluan harian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN