Ringgit dibuka kukuh

Ringgit dibuka kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh prospek ekonomi Malaysia yang positif serta penyusutan nilai mata wang dolar AS.

Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 3.8850/3.8960 berbanding dolar AS, berbanding paras penutupan semalam pada 3.8900/3.8955.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Afzanizam Rashid, berkata kerajaan sedang meneliti semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun ini, yang ketika ini dianggarkan antara 4.0 peratus hingga 4.5 peratus.

“Dasar monetari dijangka kekal menyokong pertumbuhan ekonomi, dengan bank pusat secara meluas dijangka mengekalkan kadar faedah pada paras semasa,” katanya.

Indeks dolar AS susut 0.17 peratus kepada 97.675, mencerminkan kelemahan berterusan mata wang dolar AS.

Mohd. Afzanizam berkata, pasangan dolar AS-ringgit telah berlegar berhampiran paras sokongan terdekat RM3.8722 pada Rabu sebelum diniagakan sekitar RM3.8855 pada sesi dagangan sebelah petang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN