Paramount catat untung bersih RM57.6 juta pada suku keempat

Paramount catat untung bersih RM57.6 juta pada suku keempat

JEFFREY CHEW SUN TEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Paramount Corporation Berhad (Paramount) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM 57.6 juta bagi suku keempat tahun kewangan 2025 berbanding RM54.2 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun sebelumnya.

Keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemenang saham ekuiti biasa meningkat 16 peratus kepada RM118.8 juta berbanding tahun kewangan 2024 RM102.4 juta. 

Kumpulan mengisytiharkan dividen interim kedua satu peringkat sebanyak 4.5 sen sesaham yang akan dibayar pada 13 Mac 2026. 

Ini menjadikan jumlah dividen bagi tahun kewangan 2025 sebanyak 7.5 sen sesaham, bersamaan hasil dividen 7.4 peratus.

Bagi keseluruhan tahun kewangan, kumpulan merekodkan hasil sebanyak RM946.9 juta, sembilan peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya pada RM1.04 bilion, terutamanya disebabkan oleh pelancaran projek yang lebih sederhana selaras dengan keadaan pasaran semasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Paramount, Jeffrey Chew berkata, prestasi kumpulan mencerminkan keupayaannya mengharungi persekitaran pasaran yang lebih lembap sambil terus memberikan nilai kepada pemegang saham dengan pendapatan se saham yang kukuh sebanyak 19 sen.

“Tahun kewangan 2025  merupakan tahun pelaksanaan berdisiplin termasuk pelupusan aset yang menambah nilai, dengan pelupusan kampus pengajian tinggi sebagai penyumbang utama, serta sumbangan daripada pelaburan strategik 2025 kami. 

“Hasil sebanyak RM75 juta daripada pelupusan kampus tersebut diperuntukkan terutamanya untuk pembayaran balik pinjaman,” katanya dalam kenyataan. 

Menurut beliau, penjualan Anson Campus adalah sebahagian daripada strategi berterusan kumpulan untuk mendapatkan hasil aset bukan teras, bertujuan meningkatkan pulangan, memperkukuh kecekapan modal dan memaksimumkan pulangan kepada pemegang saham.

Mengenai prospek tahun kewangan 2026, beliau berkata, pihaknya menjangkakan prospek kewangan yang memuaskan tahun ini disokong oleh saluran jualan hartanah yang kukuh dengan jualan belum dibil sebanyak RM1.5 bilion setakat 31 Disember 2025 serta pelaksanaan inisiatif pengoptimuman kos bagi meningkatkan kecekapan operasi dan margin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN