PETALING JAYA: Kadar pengangguran yang lebih rendah serta pelaksanaan fasa kedua pelarasan gaji penjawat awam dijangka membantu mengekalkan perbelanjaan isi rumah, yang seterusnya menyokong prospek pertumbuhan ekonomi pada 2026, menurut CGS International. Firma penyelidikan berkata, ketibaan pelancong yang melebihi jangkaan pada 2025 turut memberi dorongan, dengan kerajaan dilaporkan mempertimbangkan untuk menyemak naik sasaran 47 juta pelawat bagi 2026. “Dari sudut perdagangan, eksport nominal meningkat 11 peratus tahun ke tahun pada…










